hi semua.kali ini saya nak share pengalaman pertama kali saya buat braces. of kos la pertama kali kan. mana ade orang buat banyak2 kali melainkan org tu banyak duit. HAHA! :) sebenarnya dah lama saya plan nak pakai braces ni. since saya form 5 dulu. sekarang umur saya da 24 tahun. ngeee. dulu masa form 5, saya plan nak buat braces through government. tapi saya rasa 1 malaysia tahu yang if kita buat melalui government memang la lama sangat masa yang diambil utk anda boleh pakai braces tu. murah memang la murah sampai kadang2 free tapi kita banyak2 bersabar dengan masa la. dengan government dulu saya sempat sampai proses konsultasi je. lepas tu biasa la kena tunggu sampai turn kita. pendekkan cerita, dalam setahun lepas saya asyik surf internet cari maklumat sal braces ni. macam2 info yang saya dapat. ade yang buat saya ngeri, ada yang buat saya tak sabar nak pakai braces. ;)
pada suatu hari yang indah, saya gagahkan diri untuk take the first move untuk pakai braces. saya pilih untuk ke Klinik Pergigian An-Nur di A-63, Pusat Komersial, Batu 3, Jalan Sungai Isap, Off Jalan Kuantan-Gambang, 25150 Kuantan, Pahang. saya pilih klinik ni sebab dia dekat ngan area umah saya so senang la saya nak ulang-alik untuk setiap appointment. TIPU! itu bukanlah sebab utama saya pilih klinik itu tapi sebab saya rasa klinik ni cm islamic sikit. HEHE! jom kita tgk sikit cam mana rupa klinik ni ;)
amatlah senang untuk cari parking kat area sini. sampai je kat klinik ni saya dengan muka baiknya tanya klinik ni ada buat braces tak. HEHE padahal sebelum ni da check kat tenet klinik mana yang ada buat braces. ngeee. pastu nurse yang peramah tu pun cakap ada. saya pun tanya la sal harga plak. nurse tu kata kena jumpa doctor dulu. so saya pun tgu la turn utk jumpa doctor. tunggu punya tunggu macam2 bunyi saya dengar dari bilik doctor tu. terdetik dekat hati yang if saya nak lari sempat lagi ni. ;) tapi bila fikir2 balik, sampai bila saya nak takut cm ni. so saya pun nekad la ni. tengah best duk layan perasaan tiba2 saya dengar nurse panggil nama saya. dengan senyum kambing saya pun masuk dalam bilik doctor.
masuk2 je dalam bilik doctor tu, saya kena duduk kat kerusi merah tu. pas tu saya tgk 2 orang nurse nga sibuk. nak buat ape aku pun xtau. saya cakap dalam hati. aku datang nak tanya harga je. bukan nak buat terus. duit pun tak banyak dalam wallet aku ni. habislah aku cm ni. tak lama tu doctor datang kat saya then suruh saya senyum. pas tu dia cakap oh ini kes serius. terasa jugak dengan doctor ni tapi bila fikir balik if tak sebak KES SERIUS ni saya tak la datang jumpa doctor kan doctor. HEHE. pas tu doctor tu ukur jarak gigi atas dengan gigi bawak saya. then nurse yang sibuk tadi plak take over. dia bawa mangkuk besar yang kat dalam tu ade bancuhan tanah liat yang da macam bancuhan cekodok saya tgk. ngeee. pas tu dia penuhkan bancuhan tu pada ada besi yang bentuknya menyerupai gigi tau. then nurse tu masukkan besi tu dalam mulut saya untuk dapatkan ape yang kita panggil sebagai acuan gigi. nurse tu ambik acuan gigi atas dan bawah. semua ini bergantung kepada tahap keseriusan gigi anda la. ada yang kena ambik acuan gigi atas je atau bawah sahaja. nak tgk hasilnya?
tada!!
lebih kurang macam tu la hasilnya. saya punya? time tu saya tak terfikir nak ambik gambar la plak. HEHE next! doctor tu da hilang. waaaaa. nurse plak da siap2 basuh semua alatan tadi. pas tu saya tanya da settle ke. nurse tu tersenyum cakap da settle. ohmaigod! ape semua ini! pas tu saya tanya la nurse tu cam mana ngan bayaran semua2 kan. nurse tu cakap total cost adalah RM 4000. bayaran pendahuluan RM1000. setiap kali datang jumpe untuk appointment ketatkan balik besi tu cakap kampungnya kena bayar dalam RM 150-RM200 sampai la anda habis langsaikan hutang anda. ;) ok. banyak jugak duit downpayment saya nak kena bayar ni. aduyai aduyai. pastu saya tanya lagi ape lagi proses selepas ni. nurse tu cakap lagi pas ni saya kena pergi buat x-ray gigi dekat K S Liew Dental Surgery di No. 12, Jln Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang. proses dia lagi cepat anda bayar lagi cepat anda boleh pakai braces.
inilah lumrahnya bila anda menggunakan perkhidmatan swasta. servicesnya selaju duit yang anda keluarkan. HAHA. kos saya membuat acuan pada hari tu adalah RM30. lega saya. cukuplah duit yang ada dalam wallet ni. sepanjang perjalanan saya ke opis saya asyik fikir mana la nak cari duit downpayment tu. kos kos lain boleh handle lagi. sampai kat opis, opismate pun excited tanya mana cerita di klinik gigi tadi. cerita punya cerita sampai la kepada cerita downpayment RM1000 tadi tu. duit simpanan baru ada separuh dari tu. itupun motif simpanan tu nak beli iphone 4s. waaaaaa T_T fikir yang tadi sepanjang perjalanan ke opis telah bersambung ke sepanjang hari di opis. tiba2 terdetik untuk cari pihak penaja yang sudi menaja gigi besi saya nanti. saya pun mesti along saya. abang saya ok bukan along ceti haram tu. ni ceti halal punya. harapan talde lah besar sangat dia akan membantu. tapi tak salahkan mencuba? ayat manis disusun rapi umpama menghantar kertas kerja yang harapannya akan diterima. SMS sent. takde balasan. hampa. tak lama pas tu telefon saya berbunyi kringg!! kringg!! kringg!! along call. saya tersenyum. borak punya borak, along tanya nak bila duit? ohmaigod. bagai bulan jatuh ke riba. dengan penuh bersopan santun saya jawab lagi cepat lagi bagus. "sms no acc" ohmaigod! suka suka suka. TQ along! ')
secara kasarnya ini adalah kronologi saya pakai braces melalui perkhidmatan swasta
- 03/12/2012 : ke klinik untuk pertama kali + buat acuan
- 05/12/2012 : xray gigi
- 07/12/2012 : cabut gigi pertama
- 13/12/2012 : cabut gigi kedua
- 17/12/2012 : BRACES di gigiku ^_^
kos xray gigi RM205. jangan risau ia akan ditolak dari kos RM4000 tu tapi anda ke dahulukan dulu kos itu ;)
ni gambar xray gigi saya
scary tak? saya rase scary. HEHE. xray tu akan siap pada hari yang sama anda buat xray tu. xkena tunggu lama pun. ops! lupa nak cakap. susah nak cari parking tau kat K S Liew Dental Surgery ni. so saya cadangkan anda park kereta anda bagi yang drive sendiri kat area mega view hotel atau kat pejabat kastam tuh. TQ ;) pas da siap xray tu saya ke klinik an nur tu untuk anta xray tu. sampai je kat klinik tu saya bagi xray tu dan excitednya tanya bila nak cabut gigi. nurse pun bukak buka appointment dia. banyak gilerrrr appointment. so nurse tu cakap nnt dia call balik gtau bila next appointment utk cabut gigi. sangat la laju service yang ditawarkan, petang tu nurse call gtau 07/12/2012 datang untuk cabut gigi. excited campur takut. memang saya nak pakai braces cepat tapi tak sangka akan secepat ini prosesnya.
hari yang di nanti telah tiba, appointment saya kul 9.00 malam. so lepas kerja saya terus ke klinik gigi untuk cabut gigi. tak lama menunggu saya dah kena paggil untuk jumpa doctor. masa ni saya baru tahu gigi mana yang kena cabut. saya kena cabut 2 gigi. 2 2 gigi atas. gigi ke 4 ke kiri dan gigi ke 4 ke kanan. doctor suruh saya buat pilihan gigi mana dulu nak cabut.kiri ke kanan. dengan redha saya jawab "mana2 je la dulu". docotor kata if 1 gigi atas dan satu gigi bawah. dia boleh cabut pada hari yang sama. tapi memandangkan KESERIUSAN kes saya. ingat tak ingat tak. so malam tu cabut gigi kanan dulu and on 13/12/2012 baru cabut gigi yang satu lagi tuh. sekali lagi jangan risau. kos cabut gigit pun da termasuk dalam RM4000 tuh. biasanya jarak masa dari gigi itu dicabut utk ke step seterusnya sama ada nak cabut gigi lagi atau terus pakai braces atau tampal gigi dulu, biasanya adalah seminggu sehingga gusi tu da ok. sebelum ini saya baca kat tenet orang cakap cabut gigi sakit, apatahlagi gigi yang nak cabut tu gigi yang ok kan? masa first time cabut gigi tu, berbekalkan info sakit gigi yang teramat saya jadi panik! panik itu sesungguhnya tidak elok ok. bak kata doctor ia akan menyebabkan gigi itu susah itu dicabut atau maybe gigi itu terpatah dua semasa proses cabutan itu di mana separuh gigi masih lagi tertinggal di gusi. bila ia terjadi ia akan menyebabkan proses nak pakai braces akan jadi complicated sebab maybe kene operate la plak utk cabut gigi yang tertinggal itu. so relaks ok semua. ubat bius yang dicucuk mampu membuat anda tak rasa ape2 sakit.percayalahhhhh. tak tipu punya. first time cabut lama jugak masa yang diambil utk saya relaks sb tersangat panik. second time cabut saya da more relaks and cabut gigi tak sampai 5minit pun. HEHE! ok tips yang saya nak share ngan semua supaya tak rasa sakit adelah, lepas je anda cabut gigi tu secepat anda masuk kereta atau selambat anda sampai rumah, terus makan pain killer AKA ubat tahan sakit. ubat ni nurse akan bagi pas anda cabut gigi. so far saya gune tips ni tak rasa sakit langusung pas cabut gigi cuma tak boleh handle bleeding banyak la.ok xtra info, bleeding pun disebabkan anda panic yang terlebih. ni plak pesanan dari doctor, lepas cabut gigi dalam masa 24jam jangan makan atau minum benda2 yang panas.suam pun sama.lagi bagus minum air sejuk yang ada ais tuh. ;)
setelah settle proses cabut gigi and tampal jika perlu, inilah moment yang anda tunggu. put on the braces! proses nak pakai braces lebih kurang sejam 15minit. sepanjang proses ni anda mungkin akan bosan dan sampai tertidur. HAHA!
proses put on braces akan berlaku di kerusi itu. yang xbestnya doctor cam tak peramah pun nak gtau dia nga buat ape kat gigi saya. mula2 saya ada try tanya doctor tu nga buat ape. dia jawab then dia suh saya pejam mata je. apekah makna semua ini?? mula2 apa yang saya sedar doctor bersihkan gigi di kawasan2 yang perlu pas tu mulalah step put on the braces. mulut akan kebas sebab asyik kene bukak luas2 je. next saya da xsedar ape doctor tu buat ape sampai satu tahap doctor suh saya berkumur.then time tu saya rasa ade sesuatu baru dalam mulut saya.BESI!!! gembira rasa. tapi tak siap lagi. sambung balik baring dan masuk ke alam kebosanan. ada ketika saya da separuh sedar sebab penat baring saya tak sedar nurse suh pilih colour rubber band yang saya nak pakai. ohmaigod! terus terjaga sebab excited. saya ingat yang kaler2 ni pakej yang mahal. ngeee. rambang mata nak pilih kaler ape. nak pilih kaler tu terlampau terang. last2 saya pilih kaler ini. tada!!
saya pilih kaler baby pink. ok la tak terang sangat tak pudar sangat. ade gak rasa nyesal tak ambik kaler striking skit. tp rileks banyak masa lagi. silap2 by the time nak cabut braces, da khatam semua kaler yang ade. if xsempat, campur2 je semua sekali. lain gigi lain kaler. HAHA! :) ni plak keadaan gigi saya sebelum pakai braces.
takde perbezaan? of kos la sebab baru pakai.HAHA! da settle besi itu di gigi, inilah saat2 yang anda pasti tak suke.time byr downpayment RM1000 tuh. setelah beberapa perjumpaan sebelum ni anda tak keluarkan duit, kali ini sedebuk duit anda kena bayar.secepat servicenya, anda juga kena cepat bayar ok. ;) anyway tak sabar nak tunggu 28/01/2013 untuk appointment pertama ketatkan gigi. secara averagenya, kita ketatkan balik gigi tu dalam 4 hingga 6 minggu sekali bergantung kepada progress gigi anda. macam mana pengalamannya? nnt saya share later ok. doakan saya ok2 je nnt ^_^
untuk info lebih pasal klinik pergigian an-nur ni ada boleh tengok blog ini. ni antara kaler braces ligature yang boleh anda pilih nanti ^_^
NOTA KAKI : happy braces everybody! =D