hokkaido chifon cupcakes





sedapkan tgk cupcakes tu. saya belum penah cuba lagi cupcakes ni. beli untuk orang adalah. dia suka then ada permintaan untuk saya pula yang buat. mmmmm. sebelum ni saya penah jugak buat kek tapi dia tak bape suke. macam mana ek. dilema tau uolls. nanti saya dah try saya share cm ne pengalaman nya ok. wish me luck in making hokkaido chifon cupcakes! ngeee, saya tinggalkan korang dengan resipinya. sama2 kita try ^_^


RESIPI CHIFON CUPCAKES
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

bio essence spring water

sebelum ni saya pernah terfikir nak beli produk seumpama ini tapi saya fikir banyak kali sebab muka saya ni jeni yang berminyak dan bermasalah. brand pertama yang saya usha nak beli adalah Avene. harga untuk saiz botol yang paling kecil adalah RM17.10.



disebabkan saya ni pengguna produk Bio Essence yang tegar, saya pun cubalah produk ni dari jenama yang sama. setahu saya Avene lagi dikenali untuk produk ini. bagi Bio Essence pula, ini merupakan produk terbaru dari mereka. yang lagi menarik perhatian saya adalah 


jika anda lihat semua kebaikkannya, sanggupkah anda berkata tidak kepada Bio Essence. HEHE cam promoter plak. ngeee. harganya agak mahal tapi untuk produk yang anda boleh gune dari head to toe adakah anda akan berkira? dia ade 3 saiz botol 25ml, 100ml and  300ml. so far saya xjumpe lagi saiz yang paling kecik tu dlm pasaran. harga untuk saiz 100ml adalah RM29.90 manakala 300ml adalah RM39.++ harga berdasarkan di Guardian ;)


so far saya gune produk ni, saya x nampak kesan yang ketara tapi as long as xde kesan buruk ok la kan uolls ;) kalau dibandingkan dengan harga, Avene menang. tapi jika anda bandingkan dengan kebaikkannya Bio Essence adalah segalanya. cewah!! ngeee

bye bye uolls ^_^


KITSUI - Pimple Away

cam best je kan tgk tajuk tu.HAHA. agak malu untuk mengaku yang muka saya agak bermasalah dengan jerawat. amatlah tidak confident bila nak jumpe org tanpa touch up sikit muka ni. ari ni saya kuar berjalan-jalan dengan bos dan juga rakan sekerja ke Watson. asalnya saya teman mereka untuk beli benda lain. tapi biasalah perempuan kan. ade je barang lain yang menarik perhatian diri ni. mula2 kami tgk produk sarang burung. untuk kecantikkan uolls. ngeee. then tiba2 bos saya ternampak produk ini.



 nama produk dah menarik perhatian saya. lebih yang menarik perhatian saya adalah ini..


sorry gambar blur. result in 7 days uolls. agak cepat kan. harga dia pun boleh tahan. RM 38.80. fyi, saya share sekotak ni ngan bos saya. menurut kotak tu sehari kena minum 2 sachet tapi bila da share ni saya minum 1 sachet sehari je la.cukuplah tu kot nak sampai hari ketujuh tu. ngeee. hari ni hari saya pertama saya try. bau dia cm buah2 sikit. rase dia agak tasteless la. cm minum air suam je. nnt kita tgk hasilnya cm ne ek. ;)

kalau tgk muka saya dr depan tak nampak teruk sangat cume pipi la agak teruk lebih2 lagi pipi belah kiri.

*pipi kiri


*pipi kanan

*dari depan



saya beli ni kat Watson, saya tak pasti if kat pharmacy lain ade jual. ok uolls. see you again in 7days to see the result. bye bye ^_^

nota kaki ; laman web rasmi

BRACES - FIRST VISIT

28/01 ari tu adalah first visit saya untuk braces. otw nak g klinik agak nebes dibuatnya. xtau ape akan jadi dan akan sakit macam mana. appointment pukul 9 pagi. so far ape je doctor buat masa first visit ni adalah tukar dawai halus yang cam benang antara bracket tu and the best part is tukar kaler elastic ligature. mula2 saya decide nak tukar kaler baby blue tapi sayangnya takde so saya ambik kaler turquoise. ni la hasilnya. 

tada!!


if saya tanya saya sakit ke x, saya rasa tak sakit pun. fyi, time ni cume tukar dawai halus tu untuk gigi atas je sebab doctor cakap gigi bawah dia xsentuh lagi. dia nak tunggu ade gigi bawah saya yang terkeluar landasan tu masuk balik ke dalam landasan. ala.. nak biar dia lurus la maksudnya. HAHA. so untuk korg masa time first visit takyah risau sangat la.chill chill je. ;) ok.part ni mesti korang nak tahu sgt. masa first visit ni saya kena bayar RM100 je maybe sebab dia betulkan gigi yang atas dulu je. next visit is on 11/03/2013. so far excited for next visit.

untuk pengetahuan korang jugak 2 3 ari pas first visit ni, bracket gigi atas then yang belakang sekali tu tercabut. sebabnya makan cempedak goreng ok. agak bahaya jugak la sebab bracket yang last sekali. so far dah 2 kali bracket braces saya tercabut. doctor cakap lepas ni if ade bracket tercabut lagi, dia akan charge RM50 untuk setiap bracket yang tercabut. extra info if bracket korg tercabut, i mean bukan setakat masih goyang2 kat gigi tapi terus tercabut simpan bracket tu.if x doctor akan charge lagi. T_T so ingat lah if makan cempedak goreng jangan makan kerak dia tu. HAHA. till then bye bye ^_^

BRACES

hi semua.kali ini saya nak share pengalaman pertama kali saya buat braces. of kos la pertama kali kan. mana ade orang buat banyak2 kali melainkan org tu banyak duit. HAHA! :) sebenarnya dah lama saya plan nak pakai braces ni. since saya form 5 dulu. sekarang umur saya da 24 tahun. ngeee. dulu masa form 5, saya plan nak buat braces through government. tapi saya rasa 1 malaysia tahu yang if kita buat melalui government memang la lama sangat masa yang diambil utk anda boleh pakai braces tu. murah memang la murah sampai kadang2 free tapi kita banyak2 bersabar dengan masa la. dengan government dulu saya sempat sampai proses konsultasi je. lepas  tu biasa la kena tunggu sampai turn kita. pendekkan cerita, dalam setahun lepas saya asyik surf internet cari maklumat sal braces ni. macam2 info yang saya dapat. ade yang buat saya ngeri, ada yang buat saya tak sabar nak pakai braces. ;)

pada suatu hari yang indah, saya gagahkan diri untuk take the first move untuk pakai braces. saya pilih untuk ke Klinik Pergigian An-Nur di A-63, Pusat Komersial, Batu 3, Jalan Sungai Isap, Off Jalan Kuantan-Gambang, 25150 Kuantan, Pahang. saya pilih klinik ni sebab dia dekat ngan area umah saya so senang la saya nak ulang-alik untuk setiap appointment. TIPU! itu bukanlah sebab utama saya pilih klinik itu tapi sebab saya rasa klinik ni cm islamic sikit. HEHE! jom kita tgk sikit cam mana rupa klinik ni ;)




amatlah senang untuk cari parking kat area sini. sampai je kat klinik ni saya dengan muka baiknya tanya klinik ni ada buat braces tak. HEHE padahal sebelum ni da check kat tenet klinik mana yang ada buat braces. ngeee. pastu nurse yang peramah tu pun cakap ada. saya pun tanya la sal harga plak. nurse tu kata kena jumpa doctor dulu. so saya pun tgu la turn utk jumpa doctor. tunggu punya tunggu macam2 bunyi saya dengar dari bilik doctor tu. terdetik dekat hati yang if saya nak lari sempat lagi ni. ;) tapi bila fikir2 balik, sampai bila saya nak takut cm ni. so saya pun nekad la ni. tengah best duk layan perasaan tiba2 saya dengar nurse panggil nama saya. dengan senyum kambing saya pun masuk dalam bilik doctor.



masuk2 je dalam bilik doctor tu, saya kena duduk kat kerusi merah tu. pas tu saya tgk 2 orang nurse nga sibuk. nak buat ape aku pun xtau. saya cakap dalam hati. aku datang nak tanya harga je. bukan nak buat terus. duit pun tak banyak dalam wallet aku ni. habislah aku cm ni. tak lama tu doctor datang kat saya then suruh saya senyum. pas tu dia cakap oh ini kes serius. terasa jugak dengan doctor ni tapi bila fikir balik if tak sebak KES SERIUS ni saya tak la datang jumpa doctor kan doctor. HEHE. pas tu doctor tu ukur jarak gigi atas dengan gigi bawak saya. then nurse yang sibuk tadi plak take over. dia bawa mangkuk besar yang kat dalam tu ade bancuhan tanah liat yang da macam bancuhan cekodok saya tgk. ngeee. pas tu dia penuhkan bancuhan tu pada ada besi yang bentuknya menyerupai gigi tau. then nurse tu masukkan besi tu dalam mulut saya untuk dapatkan ape yang kita panggil sebagai acuan gigi. nurse tu ambik acuan gigi atas dan bawah. semua ini bergantung kepada tahap keseriusan gigi anda la. ada yang kena ambik acuan gigi atas je atau bawah sahaja. nak tgk hasilnya?

tada!!


lebih kurang macam tu la hasilnya. saya punya? time tu saya tak terfikir nak ambik gambar la plak. HEHE next! doctor tu da hilang. waaaaa. nurse plak da siap2 basuh semua alatan tadi. pas tu saya tanya da settle ke. nurse tu tersenyum cakap da settle. ohmaigod! ape semua ini! pas tu saya tanya la nurse tu cam mana ngan bayaran semua2 kan. nurse tu cakap total cost adalah RM 4000. bayaran pendahuluan RM1000. setiap kali datang jumpe untuk appointment ketatkan balik besi tu cakap kampungnya kena bayar dalam RM 150-RM200 sampai la anda habis langsaikan hutang anda. ;) ok. banyak jugak duit downpayment saya nak kena bayar ni. aduyai aduyai. pastu saya tanya lagi ape lagi proses selepas ni. nurse tu cakap lagi pas ni saya kena pergi buat x-ray gigi dekat K S Liew Dental Surgery di No. 12, Jln Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang. proses dia lagi cepat anda bayar lagi cepat anda boleh pakai braces. 

inilah lumrahnya bila anda menggunakan perkhidmatan swasta. servicesnya selaju duit yang anda keluarkan. HAHA. kos saya membuat acuan pada hari tu adalah RM30. lega saya. cukuplah duit yang ada dalam wallet ni. sepanjang perjalanan saya ke opis saya asyik fikir mana la nak cari duit downpayment tu. kos kos lain boleh handle lagi. sampai kat opis, opismate pun excited tanya mana cerita di klinik gigi tadi. cerita punya cerita sampai la kepada cerita downpayment RM1000 tadi tu. duit simpanan baru ada separuh dari tu. itupun motif simpanan tu nak beli iphone 4s. waaaaaa T_T fikir yang tadi sepanjang perjalanan ke opis telah bersambung ke sepanjang hari di opis. tiba2 terdetik untuk cari pihak penaja yang sudi menaja gigi besi saya nanti. saya pun mesti along saya. abang saya ok bukan along ceti haram tu. ni ceti halal punya. harapan talde lah besar sangat dia akan membantu. tapi tak salahkan mencuba? ayat manis disusun rapi umpama menghantar kertas kerja yang harapannya akan diterima. SMS sent. takde balasan. hampa. tak lama pas tu telefon saya berbunyi kringg!! kringg!! kringg!! along call. saya tersenyum. borak punya borak, along tanya nak bila duit? ohmaigod. bagai bulan jatuh ke riba. dengan penuh bersopan santun saya jawab lagi cepat lagi bagus. "sms no acc" ohmaigod! suka suka suka. TQ along! ')

secara kasarnya ini adalah kronologi saya pakai braces melalui perkhidmatan swasta

  • 03/12/2012 : ke klinik untuk pertama kali + buat acuan
  • 05/12/2012 : xray gigi
  • 07/12/2012 : cabut gigi pertama
  • 13/12/2012 : cabut gigi kedua
  • 17/12/2012 : BRACES di gigiku ^_^
kos xray gigi RM205. jangan risau ia akan ditolak dari kos RM4000 tu tapi anda ke dahulukan dulu kos itu ;)

ni gambar xray gigi saya



scary tak? saya rase scary. HEHE. xray tu akan siap pada hari yang sama anda buat xray tu. xkena tunggu lama pun. ops! lupa nak cakap. susah nak cari parking tau kat K S Liew Dental Surgery ni. so saya cadangkan anda park kereta anda bagi yang drive sendiri kat area mega view hotel atau kat pejabat kastam tuh. TQ ;) pas da siap xray tu saya ke klinik an nur tu untuk anta xray tu. sampai je kat klinik tu saya bagi xray tu dan excitednya tanya bila nak cabut gigi. nurse pun bukak buka appointment dia. banyak gilerrrr appointment. so nurse tu cakap nnt dia call balik gtau bila next appointment utk cabut gigi. sangat la laju service yang ditawarkan, petang tu nurse call gtau 07/12/2012 datang untuk cabut gigi. excited campur takut. memang saya nak pakai braces cepat tapi tak sangka akan secepat ini prosesnya. 

hari yang di nanti telah tiba, appointment saya kul 9.00 malam. so lepas kerja saya terus ke klinik gigi untuk cabut gigi. tak lama menunggu saya dah kena paggil untuk jumpa doctor. masa ni saya baru tahu gigi mana yang kena cabut. saya kena cabut 2 gigi. 2 2 gigi atas. gigi ke 4 ke kiri dan gigi ke 4 ke kanan. doctor suruh saya buat pilihan gigi mana dulu nak cabut.kiri ke kanan. dengan redha saya jawab "mana2 je la dulu". docotor kata if 1 gigi atas dan satu gigi bawah. dia boleh cabut pada hari yang sama. tapi memandangkan KESERIUSAN kes saya. ingat tak ingat tak. so malam tu cabut gigi kanan dulu and on 13/12/2012 baru cabut gigi yang satu lagi tuh. sekali lagi jangan risau. kos cabut gigit pun da termasuk dalam RM4000 tuh. biasanya jarak masa dari gigi itu dicabut utk ke step seterusnya sama ada nak cabut gigi lagi atau terus pakai braces atau tampal gigi dulu, biasanya adalah seminggu sehingga gusi tu da ok. sebelum ini saya baca kat tenet orang cakap cabut gigi sakit, apatahlagi gigi yang nak cabut tu gigi yang ok kan? masa first time cabut gigi tu, berbekalkan info sakit gigi yang teramat saya jadi panik! panik itu sesungguhnya tidak elok ok. bak kata doctor ia akan menyebabkan gigi itu susah itu dicabut atau maybe gigi itu terpatah dua semasa proses cabutan itu di mana separuh gigi masih lagi tertinggal di gusi. bila ia terjadi ia akan menyebabkan proses nak pakai braces akan jadi complicated sebab maybe kene operate la plak utk cabut gigi yang tertinggal itu. so relaks ok semua. ubat bius yang dicucuk mampu membuat anda tak rasa ape2 sakit.percayalahhhhh. tak tipu punya. first time cabut lama jugak masa yang diambil utk saya relaks sb tersangat panik. second time cabut saya da more relaks and cabut gigi tak sampai 5minit pun. HEHE! ok tips yang saya nak share ngan semua supaya tak rasa sakit adelah, lepas je anda cabut gigi tu secepat anda masuk kereta atau selambat anda sampai rumah, terus makan pain killer AKA ubat tahan sakit. ubat ni nurse akan bagi pas anda cabut gigi. so far saya gune tips ni tak rasa sakit langusung pas cabut gigi cuma tak boleh handle bleeding banyak la.ok xtra info, bleeding pun disebabkan anda panic yang terlebih. ni plak pesanan dari doctor, lepas cabut gigi dalam masa 24jam jangan makan atau minum benda2 yang panas.suam pun sama.lagi bagus minum air sejuk yang ada ais tuh. ;)


setelah settle proses cabut gigi and tampal jika perlu, inilah moment yang anda tunggu. put on the braces! proses nak pakai braces lebih kurang sejam 15minit. sepanjang proses ni anda mungkin akan bosan dan sampai tertidur. HAHA!




proses put on braces akan berlaku di kerusi itu. yang xbestnya doctor cam tak peramah pun nak gtau dia nga buat ape kat gigi saya. mula2 saya ada try tanya doctor tu nga buat ape. dia jawab then dia suh saya pejam mata je. apekah makna semua ini?? mula2 apa yang saya sedar doctor bersihkan gigi di kawasan2 yang perlu pas tu mulalah step put on the braces. mulut akan kebas sebab asyik kene bukak luas2 je. next saya da xsedar ape doctor tu buat ape sampai  satu tahap doctor suh saya berkumur.then time tu saya rasa ade sesuatu baru dalam mulut saya.BESI!!! gembira rasa. tapi tak siap lagi. sambung balik baring dan masuk ke alam kebosanan. ada ketika saya da separuh sedar sebab penat baring saya tak sedar nurse suh pilih colour rubber band yang saya nak pakai. ohmaigod! terus terjaga sebab excited. saya ingat yang kaler2 ni pakej yang mahal. ngeee. rambang mata nak pilih kaler ape. nak pilih kaler tu terlampau terang. last2 saya pilih kaler ini. tada!!



saya pilih kaler baby pink. ok la tak terang sangat tak pudar sangat. ade gak rasa nyesal tak ambik kaler striking skit. tp rileks banyak masa lagi. silap2 by the time nak cabut braces, da khatam semua kaler yang ade. if xsempat, campur2 je semua sekali. lain gigi lain kaler. HAHA! :) ni plak keadaan gigi saya sebelum pakai braces.


takde perbezaan? of kos la sebab baru pakai.HAHA! da settle besi itu di gigi, inilah saat2 yang anda pasti tak suke.time byr downpayment RM1000 tuh. setelah beberapa perjumpaan sebelum ni anda tak keluarkan duit, kali ini sedebuk duit anda kena bayar.secepat servicenya, anda juga kena cepat bayar ok. ;) anyway  tak sabar nak tunggu 28/01/2013 untuk appointment pertama ketatkan gigi. secara averagenya, kita ketatkan balik gigi tu dalam 4 hingga 6 minggu sekali bergantung kepada progress gigi anda. macam mana pengalamannya? nnt saya share later ok. doakan saya ok2 je nnt ^_^

untuk info lebih pasal klinik pergigian an-nur ni ada boleh tengok blog ini. ni antara kaler braces ligature yang boleh anda pilih nanti ^_^


NOTA KAKI : happy braces everybody! =D




SNOGURT







LOKASI :

G-10, Ground Floor, 
Mahkota, Square, 
Jalan Mahkota,, 
25000 Kuantan



OPERATION HOUR 


Mon - Thu11:00 am - 11:00 pm
Fri - Sat11:00 am - 12:00 am
Sun11:00 am - 11:00 pm


REVIEW :
kebetulan masa saya pergi hari tu dalam kul 6 lebih jugak so nak cari parking takde la senang sangat and susah jugak sebab kebetulan ade kereta nak kuar. so tak di suggestkan anda pergi during peak hours. saya tahu sal tempat ni sebab nak try frozen yogurt ice cream yang lain selain dari tutti fruiti. sangat excited untuk cuba sesuatu yang baru. nampak sangat kan excited. pada mulanya saya suke sebab banyak sangat flavours buah-buahan yang saya suke. topping tak banyak pilihan. topping pilihan saya adalah gummy bears. selesai bayar, trus makan dalam kereta sebab bos nak balik cepat ke opis. hehe. ohmaigod! rasa ice cream dia super duper masam. saya akui saya peminat tegar rasa masam tapi masa yang ini saya tak boleh handle ;( topping pilihan bos saya pulak jenis yang berkacang. bos saya pun cakap tak banyak pilihan untuk orang yang suke kekacang ;) untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman web rasmi ini.

HARGA :
RM 4.90 / 100GRAM

RATE :
2/5

NOTA KAKI :
untuk datang kembali maybe fikir banyak kali kot HEHE. im sorry SNOGURT. you just not my type ;)


SWEET CHILLS







LOKASI :

No.22, Ground Floor (China Town),
Jalan Putra Square 2, Putra Square,
25200 Kuantan,
Pahang.



OPERATION HOUR 

Daily: 11.00am - 11.00pm

REVIEW :
masa saya pergi hari tu dalam kul 6 lebih so nak cari parking takde la senang sangat and susah jugak. ok2 la. saya tahu sal tempat ni sebab kedai kat depan dia jual barang2 hello kitty. ya saya suke hello kitty. hehe. ok back to the story. saya pun tak tahu la dah bape lame tempat ni bukak kat kuantan. masa walk into the shop, pekerja dia agak friendly. dia tanya ni first time ke kami datang ke sini. memandangkan ini kali pertama, pekerja tu bagi kami test dulu setiap flavour yang ada. hari itu agak hampa bagi saya sebab flavour yang tinggal cuma yang creamy. flavour tropical tart cam rasa buah-buahan cakap kasarnya dah habis. so agak mengecewakan bagi saya yang sangat suka flavour tropical tart. persekitaran dia ok2 la. pilihan topping pun agak kurang menarik bagi saya. tapi bak kata orang, rambut sama hitam tapi hati lain lain so maybe pilihan topping dia menarik bagi orang lain. untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman web rasmi ini.

HARGA :
RM 4.50 / 100GRAM

RATE :
2.5/5

NOTA KAKI :
maybe akan datang balik if ada tropical tart flavour. HEHE ;)